Kelas Kahoot ICT & KDB

17 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 16 November 2018, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah mengadakan kelas Kelas Kahoot ICT & KDB. Tujuan kelas ini diadakan ialah Melahirkan pelajar atau pengguna yang berdaya saing dan celik it serta mahir dalam penggunaan komputer serta internet jalur lebar.

Pelajar diberikan keterangan tentang Maklumat Palsu di internet. Tayangan video tentang Maklumat Palsu di internet telah dilayarkan. Pelajar diberikan kefahaman tentang tayangan tersebut berserta contoh yang mudah difahami. Peserta yang terlibat seramai 4 orang dan pelajar diberikan soalan kuiz kahoot ICT yang berkaitan Komputer. Peserta dikehendaki menjawab soalan kuiz mengenai nama komponen komputer dan fungsinya. Peserta menjawab kuiz di laman web Kahoot.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali